Setiap orang lebih faqih berbanding ‘Umar

TEKS BAHASA ARAB

كل أحد أفقه من عمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap orang lebih faqih berbanding ‘Umar.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 69, hadis nombor 283. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو من كلامه رضي الله تعالى عنه، قاله حين نهى عن المغالات في مهور النساء فعارضته امرأة بقوله تعالى: {…وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنطَارًا…} [النساء: 20].

Ia berasal daripada ucapan ‘Umar RA yang melarang berlebihan dalam memberikan mahar kepada wanita, lalu seorang wanita telah menentang beliau menggunakan firman Allah Ta’ala:
…وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنطَارًا …
"Sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu". [Surah al-Nisa' ayat 20]

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs