Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كل أحد أفقه من عمر.
Teks Bahasa Melayu
Setiap orang lebih faqih berbanding 'Umar.
Sahabat Perawi
- Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 69, hadis no. 283. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو من كلامه رضي الله تعالى عنه، قاله حين نهى عن المغالات في مهور النساء فعارضته امرأة بقوله تعالى: {...وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنطَارًا...} [النساء: 20].
Ia berasal daripada ucapan 'Umar RA yang melarang berlebihan dalam memberikan mahar kepada wanita, lalu seorang wanita telah menentang beliau menggunakan firman Allah Ta'ala: ...وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنطَارًا ... "Sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu". [Surah al-Nisa' ayat 20]
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman