Setiap orang lebih berhak terhadap hartanya berbanding ayahnya

TEKS BAHASA ARAB

كل أحد ‌أحق ‌بماله من والده وولده والناس أجمعين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap orang lebih berhak terhadap hartanya berbanding ayahnya, bahkan anaknya, dan seluruh manusia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 591, hadis nombor 3038. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حبان بن أبي جبلة مرفوعا: ((كل أحد ‌أحق ‌بماله من والده وولده والناس أجمعين)). [قط، هق، ((الضعيفة)) (359)].

(Lemah) Daripada Hibban bin Abi Jabalah secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Setiap orang lebih berhak terhadap hartanya berbanding ayahnya, bahkan anaknya, dan seluruh manusia. [Riwayat al-Daruqutni dalam Sunannya, Riwayat al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 359].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs