TEKS BAHASA ARAB
حبب إلى كل امرئ شيء وحبب إلي النساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصلاة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Setiap orang dijadikan mencintai sesuatu dan aku dijadikan untuk suka kepada wanita dan haruman dan dijadikan penyejuk mataku adalah ketika dalam solat.
STATUS
Tiada asal dengan tambahan di awalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1113, hadis nombor 5629. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له بزيادة التي في أوله) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: حُبِّبَ إلى كلِّ امرئٍ شيء، وحُبِّبَ إليَّ النساء والطِّيبُ وجعلت قرة عيني في الصَّلاة. [الضعيفة (6940)].
(Tiada asal dengan tambahan di awalnya) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap orang dijadikan mencintai sesuatu dan aku dijadikan untuk suka kepada wanita dan haruman dan dijadikan penyejuk mataku adalah ketika dalam solat. [Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6940]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.