Tiada asal dengan tambahan di awalnya

30/06/2024

minit bacaan



Setiap orang dijadikan mencintai sesuatu

Teks Bahasa Arab

حُبِّبَ إلى كلِّ امْرِئٍ شَيْءٌ، وَحُبِّبَ إِلَيَّ النِّسَاءُ وَالطِّيبُ وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap orang dijadikan mencintai sesuatu dan aku dijadikan untuk suka kepada wanita dan haruman dan dijadikan penyejuk mataku adalah ketika dalam solat.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Tiada asal dengan tambahan di awalnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1113, hadis no. 5629. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بزيادة التي في أوله) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: حُبِّبَ إلى كلِّ امرئٍ شيء، وحُبِّبَ إليَّ النساء والطِّيبُ وجعلت قرة عيني في الصَّلاة. [الضعيفة (6940)].

(Tiada asal dengan tambahan di awalnya) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap orang dijadikan mencintai sesuatu dan aku dijadikan untuk suka kepada wanita dan haruman dan dijadikan penyejuk mataku adalah ketika dalam solat. [Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6940]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.