Setiap orang dari kalangan umat engkau akan dikenakan proses hisab melainkan Abu Bakar al-Siddiq

TEKS BAHASA ARAB

قال جبرائيل: كل أمتك عليها حساب ما خلا أبا بكر الصديق فإذا كان يوم القيامة قيل له يا أبا بكر ادخل الجنة قال ما أدخل حتى أدخل معي من كان يحبني في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril berkata: Setiap orang dari kalangan umat engkau akan dikenakan proses hisab melainkan Abu Bakar al-Siddiq. Apabila tiba hari kiamat akan dikatakan kepadanya: Wahai Abu Bakar, masuklah syurga. Abu Bakar berkata: Aku tidak akan masuk sehingga masuk bersamaku orang yang mencintai aku ketika di dunia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 93. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«قَالَ جَبْرَائِيلُ كُلُّ أُمَّتِكَ عَلَيْهَا حِسَابٌ مَا خَلا أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيقَ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ قِيلَ لَهُ يَا أَبَا بَكْرٍ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ مَا أَدْخُلُ حَتَّى أُدْخِلَ مَعِي مَنْ كَانَ يُحِبُّنِي فِي الدُّنْيَا» كَثِيرُ الضَّعْفِ.

“Jibril berkata: Setiap orang dari kalangan umat engkau akan dikenakan proses hisab melainkan Abu Bakar al-Siddiq. Apabila tiba hari kiamat akan dikatakan kepadanya: Wahai Abu Bakar, masuklah syurga. Abu Bakar berkata: Aku tidak akan masuk sehingga masuk bersamaku orang yang mencintai aku ketika di dunia.” Hadith ini banyak kelemahan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs