Setiap orang boleh diambil dan ditolak kata-katanya melainkan pemilik kubur ini

TEKS BAHASA ARAB

كل أحد يؤخذ من قوله ويرد إلا صاحب هذا القبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap orang boleh diambil dan ditolak kata-katanya melainkan pemilik kubur ini.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 69, hadis nombor 284. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو من كلام مالك وجاء عن ابن عباس ما من أحد إلا يؤخذ من قوله ويدع إلا رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Ia adalah ucapan yang berasal daripada Malik dan turut diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas: "Tidak ada seorang pun boleh diambil dan ditolak kata-katanya melainkan Rasulullah SAW".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs