Setiap orang berilmu itu orang yang lapar

TEKS BAHASA ARAB

من يجمع علم الناس إلى علمه، وكل صاحب علم غرثان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang dapat menghimpunkan ilmu orang lain dengan ilmunya dan setiap orang berilmu itu orang yang lapar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1238, hadis nombor 6311. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما: أن رجلا جاء إلى النبي قال: أي الناس أعلم؟ قال: من يجمع علم الناس إلى علمه، وكل صاحب علم غرثان.
[ع، فر، ((الضعيفة)) (1101)]

(Lemah)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA bahawa seorang lelaki pernah datang menemui Nabi SAW, lelaki itu berkata: Manusia manakah yang paling alim? Baginda menjawab: Orang yang dapat menghimpunkan ilmu orang lain dengan ilmunya dan setiap orang berilmu itu orang yang lapar.
[Riwayat Abu Ya'la dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1101]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs