Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Setiap orang berilmu itu orang yang lapar

Teks Bahasa Arab

مَن يجمعُ علمَ الناسِ إلى علمِه، وكلُّ صاحبِ علمٍ غَرْثانُ.

Teks Bahasa Melayu

Orang yang dapat menghimpunkan ilmu orang lain dengan ilmunya dan setiap orang berilmu itu orang yang lapar.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1238, hadis no. 6311. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما: أن رجلا جاء إلى النبي قال: أي الناس أعلم؟ قال: من يجمع علم الناس إلى علمه، وكل صاحب علم غرثان. [ع، فر، ((الضعيفة)) (1101)]

(Lemah) Daripada Jabir bin 'Abdillah RA bahawa seorang lelaki pernah datang menemui Nabi SAW, lelaki itu berkata: Manusia manakah yang paling alim? Baginda menjawab: Orang yang dapat menghimpunkan ilmu orang lain dengan ilmunya dan setiap orang berilmu itu orang yang lapar. [Riwayat Abu Ya'la dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1101]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.