Setiap orang Arab adalah keturunan Isma‘il bin Ibrahim AS

TEKS BAHASA ARAB

كل العرب من ولد إسماعيل بن إبراهيم عليه السلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap orang Arab adalah keturunan Isma‘il bin Ibrahim AS.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1045, hadis nombor 5339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن رباح اللخمي قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: كل العرب من ولد إسماعيل بن إبراهيم عليه السلام. [ابن وهب، ابن سعد، الضعيفة (1942)]

[Lemah] Daripada ‘Ali bin Rabah al-Lakhmi, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Setiap orang Arab adalah keturunan Isma‘il bin Ibrahim AS. [Riwayat Ibn Wahb dalam al-Jami‘ dan Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1942]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs