Setiap nikmat akan hilang kecuali nikmat penduduk syurga

TEKS BAHASA ARAB

كل نعيم زائل إلا نعيم أهل الجنة وكل هم منقطع إلا هم أهل النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap nikmat akan hilang kecuali nikmat penduduk syurga dan setiap keresahan akan hilang kecuali keresahan ahli neraka.

STATUS

Mawquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 63, hadis nombor 350. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Zahabi berkata: Batil, saya pula berkata bahawa sebetulnya ia daripada kata-kata al-Hasan. Ia telah dikeluarkan oleh al-Dinawari dalam al-Mujalasah daripada al-Hasan dengan sanadnya sahih, lalu perawi-perawi daif telah meriwayatkannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.