Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُلُّ نَعِيمٍ زَائِلٌ إِلا نَعِيمَ أَهْلِ الجَنَّةِ وَكُلُّ هَمَ مُنْقَطِعٌ إِلا هَمَّ أَهْلِ النَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap nikmat akan hilang kecuali nikmat penduduk syurga dan setiap keresahan akan hilang kecuali keresahan ahli neraka.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 63, hadis no. 350. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Zahabi berkata: Batil, saya pula berkata bahawa sebetulnya ia daripada kata-kata la-Hasan. Ia telah dikeluarkan oleh al-Dinawari dalam al-Mujalasah daripada al-Hasan dengan sanadnya sahih, lalu perawi-perawi daif telah meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW).
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman