Setiap Nabi mempunyai teman di syurga

TEKS BAHASA ARAB

لكل نبي رفيق في الجنة، ورفيقي فيها عثمان بن عفان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap Nabi mempunyai teman di syurga, temanku ialah Uthman bin Affan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1813, hadis nombor 9141. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: لكل نبي رفيق في الجنة، ورفيقي فيها عثمان بن عفان. [هـ، ابن أبي عاصم، عبدالله بن أحمد في ((زوائد فضائل الصحابة))، عق، اين العسكري في كتاب ((الكرم والجود))، الفلاكي في ((الفوائد))، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو)), ((الضعيفة)) (2292)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: Setiap Nabi mempunyai teman di syurga, temanku ialah Uthman bin Affan. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Abi ‘Asim, Abdullah bin Ahmad dalam ((Zawaid Fadhail al-Sahabah)), al-‘Uqayli dalam ((al-Dhu’afa’ al-Kabir)), Ibn Al-‘Askari dalam ((al-Karam wa al-Jud)), al-Fallaki dalam ((al-Fawaid)), Ibn ‘Asakir, al-Dhayya’ dalam ((al-Muntaqa Min Masmu’atihi Bi Marwin)). Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2292]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs