Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لكل نبيٍّ رفيقٌ في الجنةِ، ورَفِيقِي فيها عثمانُ بنُ عفانٍ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap Nabi mempunyai teman di syurga, temanku ialah Uthman bin Affan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1813, hadis no. 9141. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: لكل نبي رفيق في الجنة، ورفيقي فيها عثمان بن عفان. [هـ، ابن أبي عاصم، عبدالله بن أحمد في ((زوائد فضائل الصحابة))، عق، اين العسكري في كتاب ((الكرم والجود))، الفلاكي في ((الفوائد))، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو)), ((الضعيفة)) (2292)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: Setiap Nabi mempunyai teman di syurga, temanku ialah Uthman bin Affan. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Abi ‘Asim, Abdullah bin Ahmad dalam ((Zawaid Fadhail al-Sahabah)), al-‘Uqayli dalam ((al-Dhu’afa’ al-Kabir)), Ibn Al-‘Askari dalam ((al-Karam wa al-Jud)), al-Fallaki dalam ((al-Fawaid)), Ibn ‘Asakir, al-Dhayya’ dalam ((al-Muntaqa Min Masmu’atihi Bi Marwin)). Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2292]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman