TEKS BAHASA ARAB
لكل نبي رفيق في الجنة ورفيقي فيها عثمان بن عفان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Setiap nabi ada teman rapat dalam syurga dan teman rapatku dalam syurga adalah ‘Uthman.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 67, hadis nombor 376. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith ini sebahagian hadith rekaan golongan Uthmaniyyah. Golongan yang berlawanan dengan mereka pula memalsukan hadith yang bertentangan dengan menyebutkan Abu Bakr sebagai Wasiyullah (wasiat daripada Allah) daripada baginda. Ia terdapat dalam juzuk al-Ghartifi.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.