Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Setiap nabi ada teman rapat dalam syurga

Teks Bahasa Arab

لِكُلِّ نَبِيَ رَفِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَرَفِيقِي فِيهَا عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap nabi ada teman rapat dalam syurga dan teman rapatku dalam syurga adalah 'Uthman.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 67, hadis no. 376. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini sebahagian hadith rekaan golongan Uthmaniyyah. Golongan yang berlawanan dengan mereka pula memalsukan hadith yang bertentangan dengan menyebutkan Abu Bakr sebagai Wasiyullah (wasiat daripada Allah) daripada baginda. Ia terdapat dalam juzuk al-Ghartifi.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.