Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لِكُلِّ نَبِيٍّ خَلِيلٌ فِي أُمَّتِهِ وَإِنَّ خَلِيلِي عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap nabi ada khalil (kekasih) dalam kalangan umatnya dan khalilku adalah 'Uthman.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 67, hadis no. 375. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia melalui riwayat Ishaq bin Najih al-Malati, beliau salah seorang pendusta tegar. Peliknya dalam hadith yang dikeluarkan dalam kitab sahih yang disepakati kesahihannya, Nabi SAW menafikan adanya khalil lain selain Rab baginda; iaitu kalaulah boleh mengambil dalam kalangan manusia sebagai khalil, pastilah baginda akan mengambil Abu Bakr. Kemudian si al-Malati yang jahil ini mereka-reka hadith yang bercanggah dengannya. Adapun demikian, penulis (al-Suyuti) tetap menyangka bahawa ia hadith yang tidak diriwayatkan secara berseorangan oleh perawi pendusta atau pemalsu hadith.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman