Setiap muslim memiliki hak

TEKS BAHASA ARAB

إن للمسلم حقا إذا رآه آخوه أن يتزحزح له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap muslim memiliki hak iaitu apabila dia melihat saudaranya, dia akan mengalihkan tempat duduknya untuk saudaranya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1108, hadis nombor 5612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن واثلة رضي الله عنه قال: دخل رجل إلى رسول الله صلى الله عليه والله وسلم وهو في المسجد قاعد فتزحزح له رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال الرجل: يا رسول الله إن في المكان سعة فقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: إن للمسلم حقًا إذا رآه آخوه أنْ يتزحْزحَ له. [هب، الضعيفة (7117)].

(Munkar) Daripada Wathilah RA, beliau menceritakan, seorang lelaki datang bertemu Rasulullah SAW, ketika itu Baginda sedang duduk di dalam Masjid, lalu Rasulullah SAW pun mengalihkan tempat duduk Baginda untuk lelaki tersebut. Lelaki tersebut berkata: Wahai Rasulullah, tidak mengapa, tempat masih luas. Nabi SAW menjawab: Setiap muslim memiliki hak iaitu apabila dia melihat saudaranya, dia akan mengalihkan tempat duduknya untuk saudaranya. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 7117]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs