Setiap mata akan menangis pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

كل عين باكية يوم القيامة، إلا عين غضت عن محارم الله -عز وجل-، وعين سهرت في سبيل الله، وعين خرج منها مثل رأس الذباب دمعة من خشية الله -عز وجل-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap mata akan menangis pada hari kiamat, melainkan mata yang tunduk daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla, mata yang berjaga di jalan Allah, mata yang keluar darinya seperti kepala lalat air mata kerana takutkan Allah ‘Azza wa Jalla.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1984, hadis nombor 9934. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كل عين باكية يوم القيامة، إلا عين غضت عن محارم الله -عز وجل-، وعين سهرت في سبيل الله، وعين خرج منها مثل رأس الذباب دمعة من خشية الله -عز وجل-)).
[حل، ابن الجوزي في ((ذم الهوى))، ((الضعيفة)) (1562)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap mata akan menangis pada hari kiamat, melainkan mata yang tunduk daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla, mata yang berjaga di jalan Allah, mata yang keluar darinya seperti kepala lalat air mata kerana takutkan Allah ‘Azza wa Jalla.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, Ibn al-Jauzī dalam Dham al-Hawā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1562]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs