Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كلُّ عينٍ باكيةٌ يومَ القيامةِ؛ إلا عينٌ غضَّتْ عن محارمِ اللهِ، وعينٌ سهرتْ في سبيلِ اللهِ، وعينٌ خرج منها مثلُ رأسِ الذبابِ من خشيةِ اللهِ عز وجل.
Teks Bahasa Melayu
Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang tunduk daripada perkara-perkara yang Allah haramkan dan mata yang berjaga malam pada jalan Allah serta mata yang keluar daripadanya air mata seperti kepala lalat kerana takutkan Allah 'azza wa jalla.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1356, hadis no. 6916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: كل عين باكية يوم القيامة؛ إلا عين غضت عن محارم الله، وعين سهرت في سبيل الله، وعين خرج منها مثل رأس الذباب من خشية الله عز وجل. [الأصفهاني، ((الضعيفة)) (5144)]
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang tunduk daripada perkara-perkara yang Allah haramkan dan mata yang berjaga malam pada jalan Allah serta mata yang keluar daripadanya air mata seperti kepala lalat kerana takutkan Allah 'azza wa jalla. [Riwayat al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5144]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman