Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Setiap masjid yang terdapat padanya imam dan muazzin; maka boleh untuk beriktikaf di dalamnya

Teks Bahasa Arab

كلُّ مسجدٍ فيهِ إمامٌ ومؤذنٌ؛ فإنَّ الاعتكافَ فيهِ يصلُحُ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap masjid yang terdapat padanya imam dan muazzin; maka boleh untuk beriktikaf di dalamnya.

Sahabat Perawi

  1. Hudzaifah bin al-Yaman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 294, hadis no. 1548. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن حذيفة بن اليمان - رضي الله عنه – مرفوعا: «كل مسجد فيه إمام ومؤذن؛ فإن الاعتكاف فيه يصلح». [عد، «الضعيفة» (4116)]

(Palsu) Daripada Hudzaifah bin al-Yaman RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap masjid yang terdapat padanya imam dan muazzin; maka boleh untuk beriktikaf di dalamnya. [Riwayat Al-Kamil fi al-Dhu‘afa’ oleh Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4116]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.