Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Setiap masjid yang di dalamnya mempunyai imam dan tukang azan

Teks Bahasa Arab

كُل مَسْجِدٍ فِيهِ إِمَامٌ وَمُؤَذِّنٌ فَالاِعْتِكافُ فِيهِ يَصْلُحُ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap masjid yang di dalamnya mempunyai imam dan tukang azan, maka beriktikaf di dalamnya adalah sah.

Sahabat Perawi

  1. Huzaifah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 63, hadis no. 348. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini dilaungkan dengan lidah yang fasih bahawa ia palsu. Penulis (al-Suyuti) telah kehilangan deria dalam mengkritik hadith, kerana ini adalah ungkapan para penulis kitab fiqh, tidak berkaitan dengan lafaz nabi.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.