Setiap manusia memberikan apa yang ada bersamanya

TEKS BAHASA ARAB

كل إنسان يعطي ما عنده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap manusia memberikan apa yang ada bersamanya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 69 – 70, hadis nombor 286. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أخرج ابن عساكر عن ابن المبارك قال: بلغني أن عيسى عليه السلام مر بقوم فشتموه فقال خيرا ومر بآخرين فشتموه وزادوا فزادهم خيرا فقال رجل من الحواريين: كلما زادوا شرا زدتهم خيرا كأنك تغريهم بنفسك، فقال: كل إنسان يعطي ما عنده.

Ibn ‘Asakir telah meriwayatkan daripada Ibn al-Mubarak, katanya: Telah sampai kepadaku bahawa ‘Isa melintasi satu kaum, mereka pun mencemuh ‘Isa, lalu ‘Isa mengucapkan kebaikan. Dan ‘Isa pun melintas satu kaum yang lain, mereka juga mencemuh ‘Isa dan lebih lagi berbanding cemuhan kaum sebelumnya, maka ‘Isa pun menambahkan lagi kata-kata yang baik. Salah seorang hawariyyin pun bertanya: "Setiap kali mereka menambahkan keburukan, kamu menambahkan kata-kata baik untuk mereka seolah-olah kamu memujuk mereka dengan dirimu", lalu ‘Isa menjawab: "Setiap manusia memberikan apa yang ada bersamanya".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs