Setiap manusia akan dikumpulkan berdasarkan hawa nafsunya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كل نفس تحشر على هواها، فمن هوي الكفر؛ فهو مع الكفرة، ولا ينفعه عمله شيئا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap manusia akan dikumpulkan berdasarkan hawa nafsunya, jika hawa nafsunya cenderung kepada kekufuran maka dia bersama mereka yang kufur dan tiada suatu amalan pun yang bermanfaat untuknya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 523, hadis nombor 2773. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله : «كل نفس تحشر على هواها، فمن هوي الكفر؛ فهو مع الكفرة، ولا ينفعه عمله شيئا».
[طس، «الضعيفة»، (5916)].

(Sangat Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap manusia akan dikumpulkan berdasarkan hawa nafsunya, jika hawa nafsunya cenderung kepada kekufuran maka dia bersama mereka yang kufur dan tiada suatu amalan pun yang bermanfaat untuknya.
[Riwayat oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5916]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.