Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Setiap manusia akan dikumpulkan berdasarkan hawa nafsunya

Teks Bahasa Arab

كلُّ نفسٍ تحشرُ علَى هواها، فمَنْ هَوي الكفرَ؛ فهو مع الكفرةِ، ولا ينفعُه عملُه شيئًا.

Teks Bahasa Melayu

Setiap manusia akan dikumpulkan berdasarkan hawa nafsunya, jika hawa nafsunya cenderung kepada kekufuran maka dia bersama mereka yang kufur dan tiada suatu amalan pun yang bermanfaat untuknya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 523, hadis no. 2773.

(ضعيف جدا) عن جابر بن عبدالله - رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله : «كل نفس تحشر على هواها، فمن هوي الكفر؛ فهو مع الكفرة، ولا ينفعه عمله شيئا». [طس، «الضعيفة»، (5916)].

(Sangat Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia akan dikumpulkan berdasarkan hawa nafsunya, jika hawa nafsunya cenderung kepada kekufuran maka dia bersama mereka yang kufur dan tiada suatu amalan pun yang bermanfaat untuknya.” [Riwayat oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5915].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.