Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Setiap makanan yang tidak dibacakan padanya nama Allah, maka hanya sanya ia ialah penyakit dan tidak ada keberkatan padanya

Teks Bahasa Arab

كلُّ طعامٍ لا يذكرُ اسمُ الله عليهِ فإنَّما هوَ داءٌ؛ ولا برَكةَ فيهِ، وكفارة ذلك: إن كانتِ المائدةُ موضوعةً أن تسمِّي وتعيدَ يدَك، وإن كانت قد رفعتِ أن تسمِّيَ الله وتلعقَ أصابعَك.

Teks Bahasa Melayu

Setiap makanan yang tidak dibacakan padanya nama Allah, maka hanya sanya ia ialah penyakit dan tidak ada keberkatan padanya. Penutup kesalahan bagi yang demikian ialah jika sajian tersebut masih terhidang maka kamu sebut nama Allah dan kembalikan tanganmu. Namun jika ia sudah dialihkan maka kamu sebut nama Allah dan kamu jilat jari-jemarimu.

Sahabat Perawi

  1. ‘Uqbah Bin ‘Amir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 421, hadis no. 2269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عقبة بن عامر - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «كل طعام لا يذكر اسم الله عليه فإنما هو داء؛ ولا بركة فيه، وكفارة ذلك: إن كانت المائدة موضوعة أن تسمي وتعيد يدك، وإن كانت قد رفعت أن تسمي الله وتلعق أصابعك». [ابن عساكر، «الضعيفة» (5914)].

(Munkar) Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Setiap makanan yang tidak dibacakan padanya nama Allah, maka hanya sanya ia ialah penyakit dan tidak ada keberkatan padanya. Penutup kesalahan bagi yang demikian ialah jika sajian tersebut masih terhidang maka kamu sebut nama Allah dan kembalikan tanganmu. Namun jika ia sudah dialihkan maka kamu sebut nama Allah dan kamu jilat jari-jemarimu." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5914].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.