Setiap kesalahan itu ada diat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كل شيء سوى الحديدة؛ فهو خطأ، وفي كل خطأ أرش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap perkara kecuali besi adalah kesalahan dan pada setiap kesalahan itu ada diat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 794, hadis nombor 4085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن النعمان بن بشير رضي الله عنه مرفوعاً: كل شيء ‌سوى ‌الحديدة؛ فهو خطأ، وفي كل خطأ أرش.
[ش، عق، عد، قط، هق، (الضعيفة) (4114)]

(Lemah)
Daripada al-Nu’man bin Bashir RA secara marfu’ (disandarkan keoada Nabi SAW): Setiap perkara kecuali besi adalah kesalahan dan pada setiap kesalahan itu ada diat.
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, al-'Uqaili dalam al-Du'afa’ al-Kabir, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’, al-Daruqutni dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4114]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.