Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Setiap kesalahan itu ada diat

Teks Bahasa Arab

كلُّ شيءٍ سوى الحديدةِ؛ فهوَ خطأٌ، وفي كلِّ خطأٍ أرشٌ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap perkara kecuali besi adalah kesalahan dan pada setiap kesalahan itu ada diat.

Sahabat Perawi

  1. Al-Nu’man bin Bashir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 794, hadis no. 4085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن النعمان بن بشير رضي الله عنه مرفوعاً: كل شيء ‌سوى ‌الحديدة؛ فهو خطأ، وفي كل خطأ أرش. [ش، عق، عد، قط، هق، (الضعيفة) (4114)]

(Lemah) Daripada al-Nu’man bin Bashir RA secara marfu’ (disandarkan keoada Nabi SAW): Setiap perkara kecuali besi adalah kesalahan dan pada setiap kesalahan itu ada diat. [Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, al-'Uqaili dalam al-Du'afa’ al-Kabir, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’, al-Daruqutni dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4114]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.