Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Setiap kemusykilan itu haram dan tidak ada kemusyikilan dalam agama

Teks Bahasa Arab

كلُّ مُشكِلٍ حرامٌ، وَليسَ في الدِّينِ إشْكالٌ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap kemusykilan itu haram dan tidak ada kemusyikilan dalam agama.

Sahabat Perawi

  1. Tamim al-Dari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 453, hadis no. 2428.

(موضوع) عن تميم الداري - رضي الله عنه - مرفوعا: «كل مشكل حرام، وليس في الدين إشكال». [الروياني، طب، عد، إسحاق بن إسماعيل الرملي في «حديث آدم ابن أبي إياس»، القضاعي «الضعيفة» (1404)].

(Palsu) Daripada Tamim al-Dari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Setiap kemusykilan itu haram dan tidak ada kemusyikilan dalam agama.” [Riwayat al-Ruyani, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Ishaq bin Isma'il al-Ramli dalam Hadith Ādam Ibn Abi Iyyas dan al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1404].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.