Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Setiap kaum bakal memiliki perantaraan, dan aku adalah perantaraan kalian di sebuah telaga.

Teks Bahasa Arab

إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ فَرَطًا وَإِنِّي فَرَطُكُمْ عَلَى الْحَوْضِ فَمَنْ وَرَدَ عَلَيَّ الْحَوْضَ فَشَرِبَ لَمْ يَظْمَأْ وَمَنْ لَمْ يَظْمَأْ دَخَلَ الْجَنَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap kaum bakal memiliki perantaraan, dan aku adalah perantaraan kalian di sebuah telaga. Sesiapa yang dapat sampai ke telaga itu, kemudian meneguk airnya, dia tidak akan kehausan lagi. Sesiapa yang tidak kehausan, dia pasti memasuki syurga.

Sahabat Perawi

  1. Sahl bin Sa‘ad RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1108, hadis no. 5611. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ فَرَطًا وَإِنِّي فَرَطُكُمْ عَلَى الْحَوْضِ فَمَنْ وَرَدَ عَلَيَّ الْحَوْضَ فَشَرِبَ، لَمْ يَظْمَأْ وَمَنْ لَمْ يَظْمَأْ دَخَلَ الْجَنَّةَ. [طب، الضعيفة (7115)].

(Munkar dengan konteks ini) Daripada Sahl bin Sa‘ad RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Setiap kaum bakal memiliki perantaraan, dan aku adalah perantaraan kalian di sebuah telaga. Sesiapa yang dapat sampai ke telaga itu, kemudian meneguk airnya, dia tidak akan kehausan lagi. Sesiapa yang tidak kehausan, dia pasti memasuki syurga. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7115].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.