Setiap kambing bergantung kepada kakinya

TEKS BAHASA ARAB

كل شاة معلقة بعرقوبها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap kambing bergantung kepada kakinya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 70, hadis nombor 290. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو مثل وفي معناه قوله تعالى: {وَكُلَّ إِنسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَائِرَهُ فِي عُنُقِهِ} [الإسراء: 13]، {وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ} [الأنعام: 164]. وعن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه أنه سمع رجلا يقول: كل شاة معلقة برجلها، فقال: لا والله إن الطير لتهلك هزالا في جو السماء بظلم ابن آدم. فيه إشارة إلى استضرار الحيوانات بظلم العبد إذ تقحط الأرض بسبب بعض الذنوب فيعم الضرر الجميع في الدنيا وأما في الآخرة فكل إنسان مطالب بعمله مجاز به وإنما يحمل أوزار بعض من يحمل أوزارهم لكونه كان إماما لهم في سوء أو داعيا لهم إلى ضلال أو لظلمه إياهم فلا يكون له حسنة يستوفونها فيؤخذ من سيئاتهم فتلقى عليه فهو ما حمل إلا وزر نفسه.

Ia merupakan sebuah perumpamaan, semakna dengannya adalah firman Allah Ta’ala:
وَكُلَّ إِنسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَائِرَهُ فِي عُنُقِهِ… ﴿١٣﴾
"Dan setiap manusia Kami kalungkan nasibnya di tengkuknya". [Surah al-Isra' ayat 13] …وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ… ﴿١٦٤﴾
"Dan (ketahuilah), seseorang tidak akan memikul dosa orang lain". [Surah al-An’am ayat 164 dan surah Fatir ayat 18] Juga diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa beliau mendengar seorang lelaki berkata: "Setiap kambing itu bergantung pada kakinya", lalu Abu Hurairah berkata: "Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya seekor burung benar-benar boleh mati kerana kurus di tengah awan kerana kezaliman manusia", dalam kata-kata tersebut mengandungi isyarat bahawa haiwan-haiwan boleh mendapat bahaya kerana kezaliman hamba seperti berlakunya kemarau di bumi dengan sebab sebahagian dosa-dosa, lalu bahaya tersebut meliputi semua yang ada di dunia. Adapun di akhirat, semua manusia akan dituntut berdasarkan amalannya sebagai balasan, seseorang akan menanggung dosa orang lain hanyalah kerana dia menjadi ketua kepada mereka dalam melakukan kejahatan atau mengajak mereka kepada kesesatan atau kerana kezalimannya terhadap mereka, ketika itu pahala amalannya tidak cukup untuk melunaskan hutang dosanya, lalu diambil daripada dosa-dosa mereka lalu diletakkan kepadanya, maka tidaklah dia memikul melainkan dosanya sendiri.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs