Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Setiap kali umur seorang muslim menjadi panjang, maka itulah yang terbaik buatnya

Teks Bahasa Arab

كلما طال عمرُ المسلمِ؛ كان خيرًا له.

Teks Bahasa Melayu

Setiap kali umur seorang muslim menjadi panjang, maka itulah yang terbaik buatnya.

Sahabat Perawi

  1. Auf bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 847, hadis no. 4345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عوف بن مالك -رضي الله عنه-، قال: يا طاعون خذني إليك. فقالوا: أما سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((كلما طال عمر المسلم؛ كان خيرا له)). قال: بلى؛ ولكني أخاف ستا: إمارة السفهاء، وبيع الحكم، وسفك الدم، وقطيعة الرحم، وكثرة الشرط، ونشوءا ينشأون يتخذون القرآن مزامير. [ش، طب، ((الضعيفة)) (5652)]

(Lemah) Daripada ‘Auf bin Mālik RA berkata: Wahai Taun, ambillah aku kepadamu. Lalu mereka berkata: Tidakkah engkau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Setiap kali umur seorang muslim menjadi panjang, maka itulah yang terbaik buatnya. Dia berkata: Benar, akan tetapi aku takut kepada enam perkara: Kepimpinan orang yang bodoh, jual beli kekuasaan, pertumpahan darah, putus hubungan silaturahim, banyak pegawai polis, serta orang yang menjadikan al-Quran sebagai lagu. [Riwayat Ibn Abī Syaibah dalam al-Muṣannaf dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5652]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.