Tidak Ditemui

30/06/2024

minit bacaan



Setiap kali seseorang duduk menunggu Nabi SAW

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: كَانَ لَا يجلس إِلَيْهِ أحد وَهُوَ يُصَلِّي، إِلَّا خفف صلَاته، وَأَقْبل عَلَيْهِ فَقَالَ: أَلَك حَاجَة؟ فَإِذا فرغ من حَاجته، عَاد إِلَى صلَاته.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Setiap kali seseorang duduk menunggu Nabi SAW, Baginda akan meringankan solatnya. Baginda lalu berpaling dan bersabda: Adakah engkau mempunyai sesuatu hajat? Setelah selesai daripada menunaikan hajatnya Nabi SAW akan kembali solat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tidak Ditemui

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 138, hadis no. 387. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يوجد له أصل، وإن ذكره في الشفاء.

Tidak ditemui asalnya walaupun disebutkan dalam kitab al-Syifa.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.