Setiap kali dipanjangkan umur seorang muslim, itu merupakan yang terbaik buatnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كلما طال عمر المسلم؛ كان خيرا له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap kali dipanjangkan umur seorang muslim, itu merupakan yang terbaik buatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1536, hadis nombor 7800. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عوف بن مالك رضي الله عنه، قال: يا طاعون خذني إليك. فقالوا: أما سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، قال: كلما طال عمر المسلم؛ كان خيرا له. قال: بلى؛ ولكني أخاف ستا: إمارة السفهاء، وبيع الحكم، وسفك الدم، وقطيعة الرحم، وكثرة الشرط، ونشوءا ينشأون يتخذون القرآن مزامير. [ش، طب، ((الضعيفة)) (5652، 5915)].

(Lemah)
Daripada ‘Auf bin Malik RA berkata: Wahai taun! Kau ambillah aku kepadamu. Mereka berkata: Tidakkah kamu mendengar Rasulullah SAW pernah berkata: Setiap kali dipanjangkan umur seorang muslim, itu merupakan yang terbaik buatnya. Dia berkata: Ya, kata-kata itu benar, tetapi aku takutkan enam perkara: Kepimpinan orang yang bodoh, penjualan hukum, pertumpahan darah, pemutusan silaturrahim, banyaknya syarat, wujudnya golongan yang mengambil al-Quran sebagai seruling. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5652, 5915]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.