Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كلُّ نفسٍ تحشرُ علَى هواها، فمَنْ هَوي الكفرَ؛ فهو مع الكفرةِ، ولا ينفعُه عملُه شيئًا.
Teks Bahasa Melayu
Setiap jiwa akan dibangkitkan berdasarkan hawa nafsunya. Sesiapa yang mengikuti hawa nafsu kekufuran maka dia bersama kekufuran (kafir) dan ilmunya tidak dapat memberikan sedikit pun manfaat kepadanya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1368, hadis no. 6970. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: كل نفس تحشر على هواها، فمن هوي الكفر؛ فهو مع الكفرة، ولا ينفعه عمله شيئا. [طس، ((الضعيفة)) (5916)]
(Sangat lemah) Daripada Jabir bin 'Abdillah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap jiwa akan dibangkitkan berdasarkan hawa nafsunya. Sesiapa yang mengikuti hawa nafsu kekufuran maka dia bersama kekufuran (kafir) dan ilmunya tidak dapat memberikan sedikit pun manfaat kepadanya.". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5916]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman