Setiap individu akan dijadikan suka akan sesuatu dan aku dijadikan suka akan para wanita dan minyak wangi

TEKS BAHASA ARAB

حبب إلى كل امرئ شيء، وحبب إليّ النساء والطيب، وجعلت قرة عيني في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap individu akan dijadikan suka akan sesuatu dan aku dijadikan suka akan para wanita dan minyak wangi, serta dijadikan penyejuk mataku itu pada solat.

STATUS

Tiada asal baginya dengan tambahan pada permulaannya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 438, hadis nombor 2348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بالزيادة التي في أوله) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «حبب إلى كل امرئ شيء، وحبب إليّ النساء والطيب، وجعلت قرة عيني في الصلاة». [«الضعيفة» (6940)].

(Tiada Asal Baginya Dengan Tambahan Pada Permulaannya) Daripada Anas RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Setiap individu akan dijadikan suka akan sesuatu dan aku dijadikan suka akan para wanita dan minyak wangi, serta dijadikan penyejuk mataku itu pada solat.” [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6940].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs