Tiada asal baginya dengan tambahan pada permulaannya

30/06/2024

minit bacaan



Setiap individu akan dijadikan suka akan sesuatu dan aku dijadikan suka akan para wanita dan minyak wangi

Teks Bahasa Arab

حُبِّبَ إلى كلِّ امرئٍ شيٌء، وحُبِّبَ إليَّ النساءُ والطِّيبُ، وجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِي في الصلاةِ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap individu akan dijadikan suka akan sesuatu dan aku dijadikan suka akan para wanita dan minyak wangi, serta dijadikan penyejuk mataku itu pada solat.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Tiada asal baginya dengan tambahan pada permulaannya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 438, hadis no. 2348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بالزيادة التي في أوله) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «حبب إلى كل امرئ شيء، وحبب إليّ النساء والطيب، وجعلت قرة عيني في الصلاة». [«الضعيفة» (6940)].

(Tiada Asal Baginya Dengan Tambahan Pada Permulaannya) Daripada Anas RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Setiap individu akan dijadikan suka akan sesuatu dan aku dijadikan suka akan para wanita dan minyak wangi, serta dijadikan penyejuk mataku itu pada solat.” [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6940].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.