Setiap harta, walaupun berada di bawah 7 lapisan bumi, sekiranya zakatnya ditunaikan, maka ia bukan khazanah

TEKS BAHASA ARAB

كل مال – وإن كان تحت سبع أرضين -؛ تؤدى زكاته؛ فليس بكنز، وكل مال لا تؤدى زكاته – وإن كان ظاهرا -؛ فهو كنز.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap harta, walaupun berada di bawah 7 lapisan bumi, sekiranya zakatnya ditunaikan, maka ia bukan khazanah (harta simpanan yang membawa azab). Setiap harta yang tidak ditunaikan zakatnya walaupun ia zahir, maka ia adalah khazanah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 891, hadis nombor 4574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((كل مال – وإن كان تحت سبع أرضين -؛ تؤدى زكاته؛ فليس بكنز، وكل مال لا تؤدى زكاته – وإن كان ظاهرا -؛ فهو كنز)). [طس، هق، ((الضعيفة)) (5184)].

(Munkar)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Setiap harta, walaupun berada di bawah 7 lapisan bumi, sekiranya zakatnya ditunaikan, maka ia bukan khazanah (harta simpanan yang membawa azab). Setiap harta yang tidak ditunaikan zakatnya walaupun ia zahir, maka ia adalah khazanah.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5184].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs