Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كلُّ مالٍ وإن كان تحتَ سبعِ أرْضين تُؤدَّى زكاتُه فليس بكنزٍ وكلُّ مالٍ لا تؤدَّى زكاتُه وإن كان ظاهرًا فهو كنزٌ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap harta, walaupun berada di bawah 7 lapisan bumi, sekiranya zakatnya ditunaikan, maka ia bukan khazanah (harta simpanan yang membawa azab). Setiap harta yang tidak ditunaikan zakatnya walaupun ia zahir, maka ia adalah khazanah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 891, hadis no. 4574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((كل مال - وإن كان تحت سبع أرضين -؛ تؤدى زكاته؛ فليس بكنز، وكل مال لا تؤدى زكاته - وإن كان ظاهرا -؛ فهو كنز)). [طس، هق، ((الضعيفة)) (5184)].
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Setiap harta, walaupun berada di bawah 7 lapisan bumi, sekiranya zakatnya ditunaikan, maka ia bukan khazanah (harta simpanan yang membawa azab). Setiap harta yang tidak ditunaikan zakatnya walaupun ia zahir, maka ia adalah khazanah.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5184].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman