Setiap halangan ada pahalanya

TEKS BAHASA ARAB

لكل حجرة أجرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap halangan ada pahalanya.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 148, hadis nombor 431. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: لكل بلوى عون. لَا أصل لَهُ. وَكَذَا: لكل حجرَة أُجْرَة.

Hadith: “Bagi setiap musibah akan selalu ada penolongnya". Tiada asalnya. Demikian juga “Setiap halangan ada pahalanya."

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs