Setiap duit yang kita belanjakan untuk menunaikan haji adalah sama seperti kita berbelanja di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

النفقة في الحج مثل النفقة في سبيل الله، والدرهم بسبع مئة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap duit yang kita belanjakan untuk menunaikan haji adalah sama seperti kita berbelanja di jalan Allah, dan setiap satu dirham itu menyamai dengan 700 (kebaikan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2020, hadis nombor 10152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن بريدة – رضي الله عنه – مرفوعا: النفقة في الحج مثل النفقة في سبيل الله، والدرهم بسبع مئة.
[تخ، حم، ابن الأعرابي، طس، هق، هب، ابن عساكر في ((أربعين الجهاد))، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، مشرق في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (3530)]

(Lemah)
Daripada Buraidah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap duit yang kita belanjakan untuk menunaikan haji adalah sama seperti kita berbelanja di jalan Allah, dan setiap satu dirham itu menyamai dengan 700 (kebaikan).
[Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Ibn al-A’rabi, al-Tabrani dalam Mu'jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Ibn ‘Asakir dalam ‘Arbain al-Jihad, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa Min Masmu’atihi Bimuru dan Masyruq dalam hadith beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3530]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs