Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النفقةُ في الحجِّ مثلُ النفقةِ في سبيلِ اللهِ، والدرهمُ بسبعِ مئةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap duit yang kita belanjakan untuk menunaikan haji adalah sama seperti kita berbelanja di jalan Allah, dan setiap satu dirham itu menyamai dengan 700 (kebaikan).
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2020, hadis no. 10152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بريدة – رضي الله عنه – مرفوعا: النفقة في الحج مثل النفقة في سبيل الله، والدرهم بسبع مئة. [تخ، حم، ابن الأعرابي، طس، هق، هب، ابن عساكر في ((أربعين الجهاد))، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، مشرق في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (3530)]
(Lemah) Daripada Buraidah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap duit yang kita belanjakan untuk menunaikan haji adalah sama seperti kita berbelanja di jalan Allah, dan setiap satu dirham itu menyamai dengan 700 (kebaikan). [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Ibn al-A’rabi, al-Tabrani dalam Mu'jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Ibn ‘Asakir dalam ‘Arbain al-Jihad, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa Min Masmu’atihi Bimuru dan Masyruq dalam hadith beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3530]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman