Setiap dari Nabi ada peneman di syurga, dan penemanku di dalamnya adalah Uthman bin Affan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لكل نبي ‌رفيق ‌في ‌الجنة، ورفيقي فيها عثمان بن عفان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap dari Nabi ada peneman di syurga, dan penemanku di dalamnya adalah Uthman bin Affan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 657, hadis nombor 3393. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لكل نبي ‌رفيق ‌في ‌الجنة، ورفيقي فيها عثمان بن عفان)). [ه، ابن أبي عاصم في ((السنة))، عبدالله بن أحمد في ((فضائل الصحابة))، عق، العسكري في ((كتاب الكرم و الجود))، ابن عساكر، الفلاكي في ((الفوائد))، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (2292)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Setiap dari Nabi ada peneman di syurga, dan penemanku di dalamnya adalah Uthman bin Affan.” [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid Fadhail al-Sahabah, al-Dhu'afa’ al-Kabir oleh al-‘Uqaili, al-‘Askari dalam kitab al-Karam wa al-Jud, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Falaki dalam al-Fawaid dan al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2292]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.