Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لكل نبيٍّ رفيقٌ في الجنةِ، ورَفِيقِي فيها عثمانُ بنُ عفانٍ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap dari Nabi ada peneman di syurga, dan penemanku di dalamnya adalah Uthman bin Affan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 657, hadis no. 3393. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لكل نبي رفيق في الجنة، ورفيقي فيها عثمان بن عفان)). [ه، ابن أبي عاصم في ((السنة))، عبدالله بن أحمد في ((فضائل الصحابة))، عق، العسكري في ((كتاب الكرم و الجود))، ابن عساكر، الفلاكي في ((الفوائد))، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (2292)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Setiap dari Nabi ada peneman di syurga, dan penemanku di dalamnya adalah Uthman bin Affan.” [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid Fadhail al-Sahabah, al-Dhu'afa’ al-Kabir oleh al-‘Uqaili, al-‘Askari dalam kitab al-Karam wa al-Jud, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Falaki dalam al-Fawaid dan al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2292]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman