Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كل سنن قوم لوط قد فقدت إلا ثلاث: جر نعال السيوف، وخصف (1) الأظفار، وكشف عن العورة. وضرب بيده على فخذه
Teks Bahasa Melayu
Setiap budaya kaum Lut telah hilang melainkan tiga perkara: memanjangkan sarung pedang, mencantikkan kuku (seperti pedicure) dan membuka aurat.” Lalu Baginda menepuk tangannya di atas pehanya.
Sahabat Perawi
- al-Zubayr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1677, hadis no. 8461. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Shashi dalam al-Musnad dan Ibn Asakir
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman