TEKS BAHASA ARAB
كل ذي أذن ولود.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Setiap binatang yang memiliki telinga, maka ia melahirkan anak.
STATUS
Tidak Diketahui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 70, hadis nombor 289. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا يعرف بهذا اللفظ لكن جاء عن الرياشي قال: بلغني عن علي أنه قال: ليس شيء تغيب أذناه إلا وهو يبيض وليس شيء يظهر أذناه إلا وهو يلد.
Tidak diketahui dengan lafaz ini, namun ada diriwayatkan daripada al-Rayyash, katanya: Telah sampai kepadaku daripada ‘Ali bahawa beliau berkata: "Tidak seekor pun binatang yang tidak kelihatan kedua telinga (yang ada hanya lubang telinga sahaja) melainkan ia akan bertelur dan tidak seekor pun binatang yang nampak kedua telinganya, melainkan dia akan melahirkan".
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.