Tidak Diketahui
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كل ذي أذن ولود.
Teks Bahasa Melayu
Setiap binatang yang memiliki telinga, maka ia melahirkan anak.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Tidak Diketahui
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 70, hadis no. 289. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا يعرف بهذا اللفظ لكن جاء عن الرياشي قال: بلغني عن علي أنه قال: ليس شيء تغيب أذناه إلا وهو يبيض وليس شيء يظهر أذناه إلا وهو يلد.
Tidak diketahui dengan lafaz ini, namun ada diriwayatkan daripada al-Rayyash, katanya: Telah sampai kepadaku daripada 'Ali bahawa beliau berkata: "Tidak seekor pun binatang yang tidak kelihatan kedua telinga (yang ada hanya lubang telinga sahaja) melainkan ia akan bertelur dan tidak seekor pun binatang yang nampak kedua telinganya, melainkan dia akan melahirkan".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman