Setiap binatang daripada jenis binatang air dan darat yang tidak mempunyai darah yang bergumpal, maka tiada sembelihan baginya

TEKS BAHASA ARAB

كل دابة من دواب البحر والبر ليس لها دم ينعقد؛ فليس لها ذكاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap binatang daripada jenis binatang air dan darat yang tidak mempunyai darah yang bergumpal, maka tiada sembelihan baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 409, hadis nombor 2202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – رفعه: «كل دابة من دواب البحر والبر ليس لها دم ينعقد؛ فليس لها ذكاة». [ع، طب، «الضعيفة» (4108)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA yang menyandarkannya kepada Nabi ﷺ: "Setiap binatang daripada jenis binatang air dan darat yang tidak mempunyai darah yang bergumpal, maka tiada sembelihan baginya". [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4108].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.