Terdapat perawi pendusta dan perawi dituduh berdusta pada sanadnya

30/06/2024

minit bacaan



Setiap bid’ah adalah sesat kecuali bid’ah di dalam ibadah

Teks Bahasa Arab

كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ إِلا بِدْعَةً فِي عبَادَة.

Teks Bahasa Melayu

Setiap bid’ah adalah sesat kecuali bid’ah di dalam ibadah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Terdapat perawi pendusta dan perawi dituduh berdusta pada sanadnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«كل بدعة ضلالة إلا بدعة في عبادة» فيه الهيثم كذاب والنقاش متهم.

“Setiap bid’ah adalah sesat kecuali bid’ah di dalam ibadah.” Di dalam sanad hadith ini ada seorang perawi yang bernama al-Haitham. Beliau adalah seorang pendusta. Manakala al-Naqasy adalah seorang perawi yang dituduh sebagai pendusta (al-Muttaham).

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.