Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Setiap ayat al-Qur'an yang menyebutkan perkataan qunut di dalamnya, maka ia bermaksud ketaatan

Teks Bahasa Arab

كلُّ حرفٍ من القرآنِ يُذْكَرُ فيه القنوتُ؛ فهو الطاعة.

Teks Bahasa Melayu

Setiap ayat al-Qur'an yang menyebutkan perkataan qunut di dalamnya, maka ia bermaksud ketaatan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1483, hadis no. 7567. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه - مرفوعا: ((كل حرف من القرآن يذكر فيه القنوت؛ فهو الطاعة)). [حم، حب، ع، ابن جرير، ((الضعيفة)) (4105)]

(Lemah) Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap ayat al-Qur'an yang menyebutkan perkataan qunut di dalamnya, maka ia bermaksud ketaatan. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Ibn Hibban dalam Sahih beliau, Abu Ya'la dalam Musnad beliau dan Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4105]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.